Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku sehingga kini. Tiada kebanggaan lain yang aku dapat luahkan melainkan tanda penuh kesyukuran.
Menarik untuk tahun ini, seluruh umat Islam yang peka menyambut dua tahun baru. Pertamanya Tahun Baru 1430 dan keduanya Tahun Baru 2009. Mana yang lebih baik???
Sudah tentulah tahun baru 1430 hijrah tersebut. Ia bersempena dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Ah, nak hurai lanjut tentang bab ini, aku memang kurang ilmu dalam bidang ini. Maklumlah aku disogok dengan pendidikan yang lebih memuja kepada sekularisme.
Walau bagaimanapun aku sangat berbangga dengan kehadiran Tahun Baru 1430 hijrah ini. Kalau di dalam tahun hijriah ini, umur aku akan mencecah ke 40 tahun. Tapi, jika tahun masehi ni, aki baru hendak menuju ke umur 39.
Kehadiran tahun baru 1430, hampir-hampir melupakan aku kepada sambutan tahun baru 2009. Tapi nasib baik aku merupakan seorang guru. 5 Januari mengingatkan aku permulaan persekolahan untuk tahun 2009 ini.
Aku berharap dengan kehadiran 1430 hijrah ini, aku akan dapat menghijrahkan diri dan jiwa aku kepada hidup yang lebih memahami diri sebagai hamba Allah. Aku hambaNya perlu berserah diri melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.
"Ya Allah, di dalam kelalaianku, Kau berikanlah petunjuk agar aku menjadi hambaMu yang sanggup berkorban untukMu. Amin."
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 bulan yang lalu