;

Khamis, 29 Oktober 2009

Beberapa Kenyataan Menghina Islam Oleh Pemimpin UMNO Dan Akibatnya

Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:


“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?

Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?

Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.

Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.

Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.

Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.

Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.

Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?

Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.

Read more...

Rabu, 7 Oktober 2009

Rakyat Tidak Boleh di Pandirkan

Oleh Mohd Sayuti Omar

SELEPAS Jumaat baru lalu dua kumpulan penyokong Pas dan penyokong anggota ahli parlimen bebas Pasir Mas mengadakan himpunan menyatakan sokongan masing-masing. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia kekuatan himpunan itu 1,000 bagi pihak ahli parlimen bebas dan hanya 100 orang bagi penyokong Pas.



Bagi pembaca yang celit huruf dan sudah mengetahui bentuk pemberitaan berat sebelah akhbar berkenaan awal-awal lagi tidak percaya dengan perangkaan itu.

Selalunya Utusan menjadi mereng ataupun berat sebelah dalam membuat laporan mengenai pihak lawan Umno. Ia tidak menghairankan kerana Utusan adalah akhbar Umno.



Saham awam akhbar berkenaan dimiliki oleh ahli Umno. Manakala kerajaan UBN pula menyokong dalam memastikan jangka hayatnya panjang. Kalau kerajaan tidak membantu mungkin sudah lama akhbar berkenaan berkubur. Jadi tidak peliklah kalau ia menjadi tidak siuman, berat sebelah dalam laporan-laporannya.

Di sini saya ingin memberi formula khasnya kepada pembaca terhadap akhbar berkenaan dan juga terhadap akhbar yang menjadi lidah mana-mana parti. Di sini saya merujukkan kepada laporan Utusan mengenai perangkaan.

Misalnya kalau sesuatu majlis dianjurkan parti Pakatan Rakyat, Utusan akan memperlekehkan. Jumlah kehadirannya diminiumkan seboleh mungkin. Misalnya kalau jumlah yang hadir 20,000 ianya akan dicatat hanya sekitar 3,000 sahaja. Sebaliknya kalau dipihak Umno atau BN kalau kehadiran 5,000 akan ditambah sebanyak 50,000.



Penambahan berkali gandanya ini sudah tradisi akhbar berkenaan. Ia berbuat begitu untuk pywar pembaca bagi menunjukkan majlis parti berkenana mendapat sambutan, manakala jumlah majlis PR pula dikecilkan bagi menandakan majlis PR kurang mendapat perhatian.

Jadi dengan mengambil formula ini maka pembaca dapat mengagak jumlah atau situasi sebenar sesuatu acara atau angka yang terlibat dalam sesuatu himpunan yang dilaporkan oleh akhbar itu. Selamanya Utusan akan tidak akan berkata benar dalma hal ini. Sebagai akhbar yang menggunakan tagline Penyebar Fikiran Rakyat, Utusan akan terus menyebarkan fitnah minda dalam masyarakat.

Jadi tidak hairanlah juga kalau tindak tanduk pemimpin Umno juga macam Utusan. Bercakap bohong, memutarkan fakta dan juga menipu rakyat sepanjang zaman. Sebab mereka belajar daripada apa yang akhbar utama mereka lakukan. Selagi tindak tanduk akhbar itu tidak diubah dan bertindak secara professional maka pemimpin Umno juga akan bersikap begitu kerana akhbar itu adalah kitab muktabar mereka.

Peringatan yang diberikan oleh wartawan terkenal Subky Latif boleh diguna pakai. Menurut Subky hanya ada satu maklumat atau fakta sahaja yang dilaporkan oleh Utusan yang boleh dipercayai iaitu keputusan nombor ekor. Maknanya kalau fakta dan maklumat lain tertakhluk kepada pindaan dan penyelewengan oleh editornya.

Mengenai angka yang menghadiri himpunan dua kumpulan di Pasir Mas selepas Jumaat kelmarin dulu, seperti mana dilaporkan akhbar itu saya tidak mahu mencatat berapa angka yang sebenarnya. Sebaliknya menyerahkan kepada penjenguk blog ini untu membuat penilaian sendiri.

Bersama ini saya serta dua keping gambar yang dikirimkan kepada saya baru sekejap tadi oleh seorang penjenguk blog ini dari Pasir Mas, Kelantan. Satu gambar menunjukkan himpunan oleh penyokong ahli parlimen berkenaan dan satu lagi himpunan penyokong Pas.

Bagi saya perbandingan ini juga tidak mutlak untuk mengatakan siapa yang kuat dan siapa yang lemah. Hakikat yang tidak dapat ditolak, kalau Pas tidak memberi laluan kepada ahli parlimen berkenaan mungkin beliau kini sudah berada di Tanjung Rambutan atau di hospital Bahagia di Tampoi kerana mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut.

Sebelum menang dalam pilihan raya lalu atas tikit Pas beliau kalah dalam pilihan raya kecil sehingga mampus deposit dan kalah dalam pilihan raya umum 2004 yang menggunakan lambang payung dengan mendapat hanya 6,198 saja. [wm.kl. 8:00 pm 04/10/09]

Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

Menghilangkan Tanda Pos Lama Dan Baru

Perkataan yang tertera sebagai "Pos Terdahulu" atau "Older Post" atau "Pos Terbaru" atau "Newer Post", yang terdapat pada setiap kiriman kita, kadang-kadang tidak sedap dilihat oleh sesetengah orang.



Tanda tersebut boleh dihilangkan. Untuk menghilangkannya ikut panduan yang diberikan.


Setelah "login" ke dalam blogger menggunakan "username" dan "password" masing-masing, Klik pada "Layout" dan pilih "Edit HTML".

Untuk menghilangkan tanda "Kiriman Terbaru" atau "Newer Posts", sila kesan skrip seperti berikut;

#blog-pager-newer-link {
float: left;
}


Kemudian gantikan skrip di atas dengan skrip seperti di bawah;

#blog-pager-newer-link {
display:none;
}


Untuk menghilangkan "Pos Terdahulu" atau "Older Post" pula, kesan skrip seperti di bawah;

#blog-pager-older-link {
float:right;
padding-right:5px;
}


gantikan skrip di atas dengan skrip seperti di bawah;

#blog-pager-older-link {
display:none;
}


Seterusnya untuk menghilangkan tanda "Home" atau "Utama", kesan skrip yang terdapat seperti di bawah;

#blog-pager {
text-align: center;
}


Gantikan skrip di atas dengan skrip seperti di bawah;

#blog-pager {
text-align: center;
}


Selamat mencuba.

Read more...

Isnin, 10 Ogos 2009

Awas!!! Serangan XP Antivirus Protection

Petikan ini diambil dari laman shvoong.com. Satu program yang menggelarkan diri sebagai XP Antivirus Protection. Ikuti keterangan berkaitan program tersebut.


"XP Antivirus Protection" tidak sesuai dengan namanya sebagai Antivirus, program ini adalah VIRUS yang berbahaya untuk PC anda. Pengalaman saya menghadapi ini, awalnya saya kira memang benar adanya Antivirus baru khusus untuk XP, saya bertanya-tanya "siapa yang menginstal antivirus ini di PC saya?" karena sebelumnya saya sudah menggunakan AVG sebagai pelindung pada PC saya.

Keberadaan program ini sangat menggangu aktivitas saya selama menggunakan komputer, peringatan atau Warning yang selalu muncul setelah "dia" selesai melakukan scanning terhadap virus. Tetapi, ketika kita akan me-remove virusnya, "dia" malah meminta kita untuk melakukan registrasi untuk mendapatkan license dari vendornya. Yang membuat saya heran, kenapa selalu muncul automatic update turned off dalam versi lain.

Saya beranggapan, virus ini masuk bersamaan dengan program advertising yang selalu muncul bersamaan dengan browser ketika pertama kali kita buka.

Jika anda sudah terinfeksi virus ini, berikut langkah-langkah untuk menghapus atau me-remove XP Antivirus Protection :

1. Start-> Run, ketik cmd kemudian Open

2. pada command window, ketik regsvr32 /u shlwapi.dll kemudian tekan Enter

3. selanjutnya ketik regsvr32 /u wininet.dll kemudian tekan Enter

4. tekan Ctrl + Shift + ESC

5. klik kanan pada XPAntivirus.exe dari processes window kemudian pilih opsi end process

6. klik kanan pada XPAntivirusUpdate.exe dari processes window kemudian pilih opsi end process

7. lakukan pencarian melalui Start-> Search, pilih Files and Folders. untuk mencari file-file berikut kemudian hapus file tersebut :

a. XPAntivirus.exe

b. XPAntivirusUpdate.exe

c. shlwapi.dll

d. wininet.dll

e. XP Antivirus 2008.lnk

f. Uninstall XP Antivirus 2008.lnk

g. XP antivirus

h. XPAntivirus.lnk

i. Uninstall XPAntivirus.lnk

j. XPAntivirus on the Web.lnk

k. XPAntivirus.url

8. Start-> Run, ketik regedit -> Open

9. hapus XP antivirus pada bagian : HKEY_USERS\Software\

10. Restart PC anda dan semuanya kan kembali normal
Read more...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kenyataan Oleh Dato Dr Hassan Ali

“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90)


Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009
Read more...

Isnin, 3 Ogos 2009

Tukar Latar Belakang Blog Untuk Blogspot

Banyak laman yang digunakan untuk menyampaikan ilmu berkaitan blog. Rata-rata kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris. Kemudian yang hampir dengan bahasa Malaysia ialah bahasa Indonesia.


Oleh kerana aku adalah insan yang sememangnya menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai PPSMI atau ETeMs, Maka menjadi tanggungjawab aku jugalah untuk menerangkan sedikit ilmu di dalam bahasa Melayu pula.

Pada kesempatan yang ada hari ini, aku nak terangkan sedikit ilmu berkaitan cara nak menukar latar belakang laman blog. Kalau setakat nak tukar warna mungkin mudah sedikit, tapi jika nak tukar dari warna, hendak ditambah dengan gambar pula.

Aku masukkan juga caranya menukar warna latar belakang yang paling mudah iaitu;

a. Login pada Blogger.

b. Apabila sudah memasuki laman "Dashboard" pilihlah "Layout".

c. Kemudian pilih pada tab "Font and Colors".

d. Buatlah pilihan warna pada untuk latar belakang dengan memilih "Page Background Color".

Meletakkan gambar pada latar belakang pula, perlulah menggunakan cara yang berbeza. Ia memerlukan kita membuat perubahan pada skrip HTML.

Caranya ialah seperti berikut;

a. Tetapkan dahulu URL gambar yang dipilih.

b. Login pada Blogger.

c. Pilih tab "Layout".

d. Pilih tab "Edit HTML".

e. Cari skrip html seperti berikut;

body {
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
text-align: center;
color: #fff;
font-family: arial,verdana,helvetica,tahoma,Sans-serif;
font-size: 100%;
width: 100%;
}

f. Masukkan skrip "background: url('http://www.................png') repeat;" ke dalam skrip tersebut. Lihat contoh di bawah;

body {
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
text-align: center;
color: #fff;
background: url('http://www.................png') repeat;
font-family: arial,verdana,helvetica,tahoma,Sans-serif;
font-size: 100%;
width: 100%;
}


Selamat mencuba...
Read more...

Isnin, 20 Julai 2009

Malaysia Yang Ku Cintai

Malaysia tanah kelahiranku yang ku cintai. Sayangnya aku padanya seperti nyanyian setiap pagi yang berkumandang di corong radio atau televisyen pada jam 5.00 pagi. Masih belum kedengaran suara azan subuh, maupun suara bilal melaungkan tarhim.


Malaysia jika dilihat dirgahayunya bendera Malaysia, melambangkan ketenangan dan keharmonian. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang bertuah ini.

Jika dilihat dalam geografinya, bertuah sungguh Malaysia ini. Aku pun bertuah kerana di dalamnya tiada periuk-periuk api semulajadi seperti negara jiran. Tanahnya penuh kesuburan. Rakyatnya berbilang kaum penuh perayaan. Semuanya indah.

Malaysiaku, rupanya keharmonian tidak kekal lama, Aku mendengar 13 Mei 1969, aku melihat bermula 3 September 1997, Aku meniti 26 Mac 2008. Aku renung sepenuh hati ini.

Mengapa ini terjadi?

Apakah rakyat mudah lupa? Apakah rakyat tidak mengenang budi? Apakah rakyat sudah menderhaka?

Di mana pula aku? siapakah aku? mengapa dengan aku? tidakkah aku juga seperti mereka?

Bersambung


Read more...

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial