;

Isnin, 9 Februari 2009

Latar Belakang

Laman Blog Pak We @ Pak Lang

Laman Pak We @ Pak Lang merupakan sebuah laman yang bertujuan memberi sedikit informasi berkaitan Ukhwah Famili.


Siapa Pak We @ Pak Lang

Pak We @ Pak Lang dilahirkan di sebuah kampung yang terpencil di Daerah Perak Tengah. Jadi, jatilah Pak We @ Pak Lang ini merupakan anak kelahiran negeri Perak.

Pak We @ Pak Lang telah dilahirkan di Kampung Masjid, Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak pada tanggal 20 September 1970. Pak We @ Pak Lang telah dibesarkan di kampung tersebut hanya selama lebih kurang 2 tahun. Pada tahun 1972, Pak We @ Pak Lang telah mengikuti abah dan emak Pak We @ Pak Lang berpindah ke Felda Trolak Utara. Di Felda Trolak Utara, Pak We @ Pak Lang telah dibesarkan sepenuhnya.

Pak We @ Pak Lang, merupakan bapa saudara kepada anak saudaranya. Pak We merupakan bapa saudara kepada Nur Aimi Balqis, Nur Aimi Zulaikha, Nur Aimi Bazilah, Nur Aimi Zahirah, Muhammad Saiful Azhar, Mubarak, Mumtaza Izzati, Muslim, Luqman Nur Hakim,Laila Nur Insyirah, Luq Luq Nur Imtiaz, Maizatul Saadah, dan Dinie Badrisyia. Pak Lang merupakan bapa saudara kepada Muhammad Amirul Izzat, Muhammad Shafiq Daniel dan Muhammad Haikal Farihin.

Pak We @ Pak Lang merupakan anak kedua daripada sepuluh adik beradik kepada pasangan Haji Salleh bin Haji Lodin dan Hajah Shah binti Sidik. Adik beradik Pak We @ Pak Lang terdiri dari 3 perempuan dan 7 lelaki. Mereka ialah Salmi, Sharifuddin, Siswazah, Sarjanawati, Mustafaruddin, Sirajuddin, Muhammad Firdaus, Solihin dan Muhammad Asri.

Pak We @ Pak Lang telah mendirikan rumah tangga pada hari Khamis, 3 Disember 1999 bersamaan dengan 15 Syaaban 1409.Oleh itu, Pak We @ Pak Lang juga merupakan menantu kepada pasangan Haji Md Saad bin Yahya dan Hajah Habibah binti Budin. Isteri Pak We @ Pak Lang namanya Mariam. Isteri Pak We @ Pak Lang iaitu Mariam memiliki seramai 9 orang adik beradik yang terdiri daripada Mazuna, Marzuki, Marzuriah, Arwah Mazmah, Marzaidi, Marliza, Muhammad Firdaus dan Rabiatul Adawiyah.

Di dalam pendidikan Pak We @ Pak Lang bukanlah seorang yang cerdik pandai. Pak We @ Pak Lang memulakan pendidikan awal kanak-kanaknya selain di rumah, ialah di Tadika KEMAS Felda Trolak Utara. Kemudian menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara. Di samping itu, Pak We @ Pak Lang juga menerima pendidikan rendah di dalam bidang agama di Sekolah Agama Rakyat Nuru Hidayah di Felda Trolak Utara.

Di peringkat pendidikan menengah, Pak We @ Pak Lang memulakan pendidikannya di dalam bidang agama di Sekolah Menengah Agama Irshadiah Diniah, Batu 26, Bagan Datoh, Perak. Perjalanan di sekolah tersebut tidak lama. Pada bulan Julai 1983, Pak We @ Pak Lang telah diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.

Pak We @ Pak Lang meneruskan pendidikan ke sekolah aliran biasa pada bulan Ogos 1983 di Sekolah Menengah Trolak atau dikenali sebagai SEMETRO. Perjalanan pendidikan Pak We @ Pak Lang di SEMETRO berakhir pada tahun 1987 setelah menduduki SPM. Oleh sebab pencapaian yang tidak cemerlang dan kesempitan hidup, Pak We @ Pak Lang mengakhiri zaman pendidikan menengah di SEMETRO.

Setelah berakhir pendidikan menengah, Pak We @ Pak Lang telah dihantar menerima pendidikan agama di sekolah pondok, Terusan Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan. Namun, oleh kerana kekurangan sumber kewangan, pengajian hanya berlangsung selama 3 bulan sahaja. Pak We @ Pak Lang kembali mewarnai ladang-ladang kelapa sawit Felda Trolak.

Nasib masih menyebelahi Pak We @ Pak Lang apabila pada bulan Ogos 1993, Pak We @ Pak Lang menerima tawaran melanjutkan pelajar di dalam bidang perguruan. Pada tanggal 06 Disember 1993, Pak We @ Pak Lang telah mendaftarkan diri dalam bidang pergurun di Maktab Perguruan Kota Bharu (KBTC), Pangkalan Chepa, Kelantan. Pada Jun 1996, Pak We @ Pak Lang lulus sebagai guru.

Disebalik kesederhanaan dalam pendidikan, Pak We @ Pak Lang mempunyai cita-cita yang amat tinggi. Kini, Pak We @ Pak Lang masih mengejar cita-cita tersebut. Pada April 2006, Pak We @ Pak Lang telah menerima tawaran melanjut pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Open University Malaysia. Program tersebut merupakan progra yang dirangka khusus untuk guru-guru dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Open University Malaysia.

Di dalam kerjaya Pak We @ Pak Lang merupakan seorang guru yang sedang bertugas di sebuah sekolah di negeri Perak. Namun, sebelum menjadi seorang guru, Pak We @ Pak Lang merupakan seorang anak peneroka yang terpaksa memerah keringat sebagai anak peneroka sejati.

Di samping itu juga, Pak We @ Pak Lang pernah bekerja sebagai pembantu tukang masak di beberapa buah restoran. Pak We @ Pak Lang pernah bertugas di Restoran Shaz di Mentakab dan Temerloh di Pahang. Restoran Kurnia di Slim River merupakan restoran terakhir.

Di dalam bidang perguruan, sebelum menerima pendidikan formal di KBTC, Pak We @ Pak Lang pernah bertugas sebagai guru ganti di SK Trolak Utara. Kemudian Pak We @ Pak Lang pernah bertugas sebagai guru sandaran di SK Pos Bersih selama 3 tahun dan pada 1993, Pak We @ Pak Lang bertugas di SK Besout 3.

Setelah menamatkan pengajian di KBTC, Pak We @ Pak Lang memulakan tugas sebagai guru yang bertauliah pada 1 Julai 1996 di SK Pasoh 1 (Felda), Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Semasa bertugas di sana Pak We @ Pak Lang juga beredar ke SK Pasoh 4 sebagai guru muzik beredar.

Setelah beberapa tahun di Negeri Sembilan, pada Jun 1999, Pak We @ Pak Lang telah kembali mencurahkan bakti di negeri tanah air Pak We @ Pak Lang. SK Saint Anthony, Teluk Intan merupakan sekolah pertama Pak We @ Pak Lang. Pada Januari 2000, Pak We @ Pak Lang bertugas di SK Jernang yang merupakan perkampungan orang asli.

Setelah selesai mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Teknologi Maklumat selama 1 tahun di Maktab Perguruan Teknik, Pak We @ Pak Lang telah ditempatkan di SK Felda Sungai Kelas. Dalam beberapa bulan bertugas di SK Felda Sungai Kelah, Pak We @ Pak Lang telah dipujuk untuk bertugas tempat tugas secara suka sama suka. Oleh kerana rasa simpati, Pak We @ Pak Lang telah bersetuju bertukar ke SK Trolak Utara. Lagipun rumah Pak We @ Pak Lang terletak di Felda Trolak Utara.

Beberapa tahun di SK Trolak Utara, Pak We @ Pak Lang telah sekali lagi diterima mengikuti KSPK Pengurusan Sumber Pengajaran & Pembelajaran tetapi kini di Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah. Selesai mengikuti KSPK selama 1 tahun, Pak We @ Pak Lang telah ditempatkan di SK Sungkai. Pada tahun 2006, Pak We @ Pak Lang telah berpindah ke SK Behrang.

Di bidang kerjaya sukarelawan, Pak We @ Pak Lang telah melibatkan diri di dalam Pasukan Sukarelawan Polis (SP) di Raja Malaysia. Tugas SP ini memang menarik. Tugasnya lebih kurang sama dengan polis biasa. Pak We @ Pak Lang menceburkan diri di dalam SP sejak tahun 2004.

Begitulah serba sedikit latar diri Pak We @ Pak Lang.


 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial