Siapa kata Kerajaan Barisan Nasional Perak tidak prihatin kepada rakyat. Nah, sekarang ini buktinya, betapa kerajaan BN begitu prihatin menyediakan tanah untuk penduduk negeri Perak umumnya dan Tapah khususnya.

Apa maknanya ini. Korang orang-orang Kampung Datok, Tapah jangan pula buat tak nampak. Ingat sikit, pemimpin BN ni dah pun menyediakan papan tanda yang jelas menunjukkan bahawa anda semua kena mengingati untuk pergi ke sini.
Bagus Ahli Parlimen ni, menyuruh rakyat setempat mengingati mati tu baik. Maka, bersiap sedialah untuk kamu semua sebelum ke sini.
Elok pula dia letakkan penimbang tu, supaya anda semua timbang-timbangkan amalan untuk akhirat tu dah cukuplah. Kemudian ada keris bersilang tu... eeeiii ngeri aku. Untuk positif maknanya keris bersilang maknanya jangan. Kemudian keris itu sendiri bermakna bunuh diri. Kalau ditafsirkan "Jangan Membunuh Dirilah".
Penimbang dengan keris tu kalau digabung tafsirannya... Timbang-timbangkan jangan membunuh diri... Maka anda mata lihat, tindakan mesti sepantas roket dan jangan hanya seperti pungguk rindukan bulan.
Sekian catatan aku... semoga anda terhibur...