;

Isnin, 16 Mac 2009

Rahsia Pendapatan Lumayan

Satu yang tidak dijangkakan. Pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan semalam telah ditemui oleh Tuan Guru Dato Seri Haji Nik Abdul Aziz iaitu Menteri Besar Kelantan di rumah di Pantai Sabak


Di dalam kunjungan tersebut, sesuatu yang tidak dapat dijangkakan telah berlaku apabila TN MB telah menawarkan sebuah lot tanah beserta rumah di dalam anggaran RM130,000.00. Sumbangan tersebut adalah dengan tanggungan penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya.

Kecemerlangan yang telah menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu memperlihatkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kecemerlangan akademik anak negeri.

Selain itu, TN MB turut menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM5000.00 untuk keluarga Nik Nor Madihah.

Tindakan kerajaan negeri ini mungkin menjadi satu motivasi kepada seluruh pelajar di seluruh negara. Selain itu, berkemungkinan trend ini akan berjangkit ke negeri lain. Maka, akan terbelalah para cendiakawan di negara Malaysia.

Di dalam berita Nasional yang aku dengar pada pukul 9.00 pagi ini, dinyatakan bahawa pemuda UMNO Kelantan telah menyumbangkan rumah bernilai RM130,000.00. Mana yang berita yang benar?

MARA pula menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang tersebut untuk melanjutkan pelajaran di peringkat A level di London. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata Mara akan berikan tawaran secara automatik tanpa perlu melalui proses temuduga atau mengisi borang.

selain itu terdapat juga hadiah dari beberapa pihak, antaranya hadiah dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Yayasan Nelayan Malaysia (Yanim) yang berjumlah RM4000.00. Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 manakala Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa sebanyak RM500.

Maka dapat kita nyatakan bahawa ilmu kini amat berguna dan pasti menampak hasil yang lumayan. Contoh pada Nik Madihah jelas menunjukkan hidup yang pada mulanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang kini akan berubah.

Rumah yang dulunya kecil dan bocor sama sini, kini akan berubah. Bertuahnya ibu bapa kepada pelajar ini. Berkat kesabaran anak yang dulu ditatang bagai minyak penuh kini membalas jasa.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial