;

Ahad, 12 April 2009

Kabinet Najib dan PPSMI

Berlalu sudah perlantikan barisan kabinet di bawah perdana menteri yang ke-6, Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Jelas dapat kita lihat beberapa perkara yang agak janggal di dalam perlantikan tersebut. Semestinya menimbulkan seribu persoalan, apakah visi dan misi PM6 ini.


Melihat kepada barisan kabinet, nama TPM tak payah nak disebut, semua orang dah tahu. Menteri Kewangan pula dengan senyuman sampai ke telinga DS Naib mengumumkan namanya sendiri. Mengapa dengan senyuman sebegitu? Ada apa-apa maksud ke?

Bukan masalah senyum yang aku sangsikan tetapi PM sebelum ini, apabila melantik diri sendiri untuk menjadi menteri tidak pula dengan senyuman melirik. Apakah DS Najib tak tahu bahawa yang dipikul bukan keseronokan tetapi satu bebanan atau tanggungjawab yang mesti digalas dengan adil.

Jika DS Najib senyum melebar, bermakna Datin Seri pula mestilah senyumannya lebih lebih lebih lebar lagi. Ramai yang ketahui bahawa Datin Seri ni memang suka 'shopping'. Sekali 'shopping', besarlah jumlahnya.

Perlantikan menteri di kalangan insan yang kalah di PRU12 juga melihatkan kehairanan. DS Najib dilihat seperti menggunakan taktik memujuk atau akur kepada satu perintah pihak lain. Jangan sampai tergadai negara sudahlah.

Perlantikan Koh Tsu Koon seorang ketua menteri yang kalah di dalam PRU12 yang lepas menimbulkan persoalan. Tidak terlihatkah oleh DS Najib bahawa untuk memimpin sebuah negeri pun boleh terguling terus, inikan nak menguruskan kementerian untuk seluruh Malaysia.

DS Shahrizat juga terkejut katanya, dilantik menerajui sebuah kementerian yang sebelum ini memang pernah dikemudinya. Namun, apakah prosedur sebenar untuk pelantikan sebagai menteri? Apakah perasaan mereka yang menang PRU12 yang lepas tetapi tidak dilantik menjadi menteri?

Ini bermakna menjadi ahli parlimen bukan semestinya akan berpeluang menjadi menteri dan bukan kerana kekalahan dalam PRU menjadi kayu pengukur untuk tutup buku sebagai menteri.

Apa yang dapat dilihat, begitu juga berlaku di dalam menjadi majlis tertinggi di dalam di dalam sesebuah parti politik, tidak semestinya menjadi satu perjanjian untuk terpilih sebagai menteri.

Berikutan dengan perlantikan jemaah menteri yang boleh dikategorikan sebagai pro Tun Dr. M itu akan menyaksikan perlaksanaan program PPSMI juga akan diteruskan kerana PPSMI adalah cetusan idea Tun Dr. M. Ini membuktikan idea rakyat akan terus dipinggirkan.

Biarpun di luar UMNO, Tun Dr. M merupakan insan yang mengkritik kumpulan yang mengkritik pelaksanaan PPSMI. Rakyat seharusnya sedar perkara ini.

Cetusan idea ini sememangnya dirancang bukan sebab menguatkan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap sains dan matematik tetapi mempunyai wadah lain. Wadah yang akan menyaksikan kewujudan kumpulan manusia yang akan sentiasa akur dengan BN.

Sepanjang pemerhatian, didapati bahawa BN sememangnya mengakui bahawa mereka sememangnya mendapat sokongan penuh kepada ahli-ahli di peringkat perkhidmatan kelas bawahan seperti pekerja rendah awam atau kita lebih arif dengan tukang kebun.

Kerana apa mereka memilih kumpulan ini? kerana merekalah kumpulan yang mudah mengangguk setiap kata pemimpin politik. Maka PPSMI itu sendiri akan membekukan pemikiran minda budak-budak sekolah.

Pada masa akan datang akan lahirlah ramai penyokong membuta tuli yang akan fanatik terhadap BN. Mereka akan membuat propaganda baru untuk sokongan sepenuh dari kumpulan bawahan ini. Semakin ramai orang tak pandai, maka semakin mudah untuk mempengaruhi mereka. Apakah ini matlamatnya?

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial