;

Jumaat, 8 Mei 2009

Liputan Sidang DUN Perak 07052009

Jika kita lihat pada siaran TV RTM atau TV3 atau lain-lain TV sekutu BN maka gambaran mungkin kabur. Saksikan pula rakaman ini, pasti anda dapat menilainya.









Inilah yang berlaku pada hari tersebut. Inikah yang sepatutnya berlaku? Aku masih ingat kumpulan ahli parlimen di Taiwan, siap membaling kerusi dan tumbuk menumbukpun berlaku, tetapi polis memang tidak dibenarkan memasuki dewan persidangan.

Di Perak lain pula, polis dah mencabar kedudukan sidang DUN. Mereka boleh masuk tempat yang menjadi larangan. Setiausaha negeri boleh melanggar kata-kata speaker dan lebih kuasa dari speaker. Tapi aku nak tengok pula, bila Speaker BN tu nanti bertugas, apa dia boleh buat?

Semasa hari yang sama. Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes Nizar - Zambry memutuskan Isnin sebagai hari penyambungkan kes. Hakim juga mengarahkan agar Zambry tidak menjalankan tugasnya lagi. Apa pula yang berlaku di Perak? Bermakna arahan hakimpun dah dicabar.

Di dalam berita Bernama yang disiarkan di saluran 502 Astro, jelas kelihatan ADUN pR yang cuba menenangkan rakan dan lawan. Manakala, terdapat di kalangan kumpulan BN yang menolak ADUN dari PR. Tapi mengapa berita TV3 dan RTM cerita lain? Aku harap jangan jadi TV munafik cukup le.

Tapi kalau orang munafik dengan media munafiknya memang sepadan. Hanya api neraka jahannam saja yang boleh menjawab tentang cerita mereka.


Penangkapan beberapa orang aktivis yang berada di beberapa tempat di sekitar Perak juga bermacam ragam. Ada yang tengah minum, ada yang tengah berdiri seorang. Ada yang memang berhimpun. Tapi, jangan anggap kuasa yang ada boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Kerana apabila Allah berkata "JADILAH", maka akan terjadilah perkara itu.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial