;

Khamis, 7 Mei 2009

Tetamu Yang Datang

Pelbagai peristiwa menarik berlaku di Perak hari ini. Jika hendak diulas satu persatu memang tak terdaya rasanya. Banyak peristiwa yang berlaku mendukacitakan hati aku. Namun ada perkara yang menggembirakan. Antara perkara yang menggembirakan ialah kehadiran tetamu ke rumah aku.


Hari ini keluarga biras aku datang. Mereka sebenarnya tinggal di Perumahan Tersusun Klant Hall 2 di Slim River. Mereka merupakan tetamu yang kerap datang ke rumah ini.

Kata orang, setiap tetamu yang datang ke rumah perlu diraikan dengan sebaiknya. Apatah lagi keluarga aku yang tinggal di taman perumahan yang sukar untuk didatangi oleh para kenalan.

Kehadiran mereka hari ini memang menggembirakan kami. Maklumlah sesekali sahaja terima tetamu. Oleh kerana mereka datang sesekali dan terlalu gembira, Ummi merancang sesuatu menu yang istimewa.

Sementara menunggu juadah dihindangkan, pelbagai perkara dibicarakan termasuklah perkembangan politik semasa sehingga ke perkhidmatan.

Kira-kira 30 minit kemudian siaplah semua juadah yang dirancang. Apa menunya? Apa lagi Spaghetti, teh tarik dan air kiwi. Menarik tak?


Juadah untuk tetamu



Ragam Si Khairi


 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial