;

Isnin, 9 Februari 2009

Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya

Sebentar tadi aku telah mendengar lintas langsung ceramah umum politik. Ceramah tersebut telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Di dalam ceramah tersebut, pengerusi ceramah telah mengumumkan bahawa ceramah tersebut merupakan ceramah terakhir yang dibuat di tempat tersebut.


Begitulah sepi dan sedihnya hati. Gelora yang melanda secara tiba-tiba telah meninggalkan kesan yang ketara. Kesan satu perubahan.

Aku sebagai seorang penyokong kepada Menteri Besar (MB) dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) Perak ini, tetap mendoakan semoga MB akan terus berjuang dengan penuh keimanan.

Aku sendiri terasa bahang yang melanda. Namun di sebalik kejadian tersebut, tentu ada hikmahnya.

Aku terima hakikat bahawa setiap yang berlaku adalah takdir Allah s.w.t. Kita sebagai hambaNya hanya boleh berusaha dan berdoa.

Aku pernah katakan rakan-rakan dan sahabat yang lain, bahawa jika Allah nyatakan berlaku, maka berlakulah.

Pernah sekali aku bertanya, mengapa PAS masih tidak dapat memerintah Malaysia. PAS sememangnya berjuang untuk Islam iaitu agama Allah. Tetapi mengapa PAS tidak dapat menawan Malaysia. Berbagai jawapan yang aku terima, tapi ringkasnya aku nyatakan "Allah belum mengizinkan."

Jawapannya tentu ringkas, tetapi bila dikaji tentu dalam maknanya. Jika Allah belum mengizinkan, maka tentu ada sesuatu yang perlu dilaksanakan sama ada diperbaiki atau dipulihkan atau dihapuskan.

Jika semuanya telah bersedia dengan sepenuhnya dan menepati kehendak agama Allah, sudah tentu Allah akan mengizinkan ianya berlaku.

Maksud aku sudah tentulah sesuatu perlu dilakukan. Adakah PAS sudah bersedia sepenuhnya? Mampukah PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya?

Bagaimanapun ku tetap berdoa semoga Allah akan memberi petunjuk kepada seluruh rakyat di Malaysia agar dibukakan pintu hati untuk menerima PAS. Semoga undang-undang Islam dapat ditegakkan di Malaysia tanah tercinta ini.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial