Suasana politik di negeri Perak begitu meruncing. Isu kuasa, rampasan, ketaatan, penderhakaan dan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu mula diungkitkan.
Perubutan kuasa yang berlaku, menyebabkan rasa kelegaan pada satu pihak dan ketidakpuasan pada pihak yang lain.
Di mana silapnya?
Ayat yang menyatakan apabila sesebuah parti mempunyai majoriti yang cukup, boleh memohon perkenan Sultan untuk menubuhkan kerajaan. Ayat itu memang jelas. Selalunya perkara ini berlaku selepas sesuatu pilihanraya diadakan. Di mana tiada kerajaan yang mentadbir sesebuah negeri.
Tetapi situasi di Perak lain. Keputusan Sultan Azlan sebagai sultan Perak mula dipertikaikan banyak pihak, termasuk dari pihak Barisan Nasional, NGO, Pakatan Rakyat.
Sultan Azlan jika dikaji bukanlah seorang yang berpendidikan rendah. Beliau juga bukan calang-calang orang di dalam perundangan. Bekas Ketua Hakim Negara merupakan kedudukan pakar seseorang di dalam undang-undang Malaysia.
Tetapi situasi telah berlaku. Pergolakan dan rakyat meluahkan pandangan masing-masing.
Apa yang berlaku, mengingatkan kembali perlantikan Dato' Seri Haji Muhammad Nizar Jamaludin jika dikenang kembali, majlis perlantikan dan angkat sumpah bukanlah diadakan dengan kehadiran Sultan Azlan Shah tetapi diwakilkan oleh Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin. Alasan yang diberikan ialah masalah kesihatan dan mahu berehat.
Perlantikan ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar diadakan dengan kehadiran Sultan Perak. Perlantikannya pula tidak memakan masa yang lama. Terlihat senyuman seri di wajah baginda sultan.
Apakah Sultan Perak mempunyai kaitan dengan sokongan pada sesebuah parti kerajaan. Ucapan Raja Muda Raja Dr. Nazrin masih terngiang diingatan. Menurut Raja Dr. Nazrin, apa yang dapat dirumuskan ialah seseorang sultan itu mestilah bersikap adil, tidak menyebelahi mana-mana parti politik.
Persoalan mula timbul, mengapa Raja Dr. Nazrin menyatakan sedemikian? Adakah Raja Dr. Nazrin mengetahui sesuatu?
Raja Dr. Nazrin merupakan Raja Muda Perak dan juga anak kepada baginda sultan. Sebagai anak sudah tentu Raja Dr. Nazrin merupakan orang yang rapat dengan baginda sultan.
Kedudukan Dato' Seri Haji Muhammad Nizar Jamaludin, jika dari sudut penyokong Pakatan Rakyat adalah merupakan Menteri Besar Perak yang masih sah. Pada sudut pandangan penyokong Barisan Nasional ada yang kata masih menteri besar dan ada yang kata tidak.
Pada sudut pemikiran anda semua??? Kata Nabil Raja Lawak "LU PIKIR LE SENDIRI"