Pengisytiharan kenaikan harga tol oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Mohd Zin Mohamed jelas menunjukkan bahawa perundingan sememangnya tidak dilakukan antara Menteri Kerja Raya (MKR) dan Perdana Menteri(PM).
MKR telah mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Jelas betapa menteri-menteri di dalam BN membuat keputusan tanpa perlu meminta nasihat dari PM. Mungkin mereka beranggapan bahawa nasihat PM yang bakal melepaskan jawatan pada bulan Mac ini, sudah tidak diperlukan.
PM yang mendapat tahu pengistiharan tersebut jelas terkejut. Selepas pengisytiharan tersebut, maka PM mengarahkan agar dipertimbangkan semula. Kebimbingan PM DS Abdullah mungkin disebabkan negara bakal bertembung dengan pilihanraya Dewan Undangan Negeri ini, DS Abdullah bimbang Pakatan Rakyat akan menggunakan isu kenaikan tol sebagai bahan untuk memancing undi.
Tetapi perkara dah berlaku. Walaupun kini kabinet telah menangguhkan kenaikan tarif, namun seluruh rakyat Malaysia kini telah tahu bahawa tarif tol di lebuhraya tersebut akan dinaikkan juga.