;

Rabu, 11 Mac 2009

Ajakan & Pelawaan UMNO

Dua perkara yang dapat dilihat di dalam komentar untuk dalam beberapa hari ini berkaitan pelawaan DS Najib di dalam memohon kerjasama Pakatan Rakyat di dalam suntikan Bajet Mini sebanyak RM60 bilion.


Pada pandangan aku yang kurang arif dengan taktik dan teknik dalam politik ini, pelawaan itu adalah ibarat peribahasa Melayu "ajak-ajak ayam" dan "melepaskan anjing tersepit".

Begitu juga dengan berita berkaitan kerjasama politik yang diutarakan oleh PAS Kelantan kata Berita Harian. Peribahasa yang digunakan adalah sama.

Sejarah telah membuktikan. Walaupun kebaikan yang ingin disemai, akhirnya akan ada adu domba yang akan menyatakan bahawa UMNO atau BN tu betul dan Pakatan Rakyat yang menjadi pembangkang di peringkat pusat sebagai salah.

Bukan sekali sejarah telah membuktikan tetapi telah beberapa kali, sehinggakan terkeluarnya PAS dari BN pada masa pemimpin BN masih ramai berbakti kepada rakyat. Jika dilihat sekarang, pimpinan BN hanya mementing diri sendiri. Apalah yang akan terjadi nanti.

Kita sebagai rakyat tak nak terperangkap dengan keadaan ini berterusan. Jika TN Hadi ada menyatakan tentang bersatu dan kerjasama perlulah difikirkan dalam-dalam sebelum keputusan dibuat.

Aku pula amat bersetuju sekiranya BN berjanji bahawa PM akan terdiri dari kalangan pimpinan PAS. 50 % menteri adalah dari golongan PAS, sebabnya pimpinan PAS jarang berpaling tadah dan bertopeng.

Ingatlah pesanan ini "AJAK_AJAK AYAM" & "MELEPASKAN ANJING TERSEPIT". RAKYAT nak yang terbaik!!!

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial