;

Sabtu, 14 Mac 2009

Apakah Ucapan DS Najib di Bukit Gantang Bernas???

Pada pembentangan Mini Bajet yang lepas, beriya-iya nampaknya DS Najib mengajak sokongan dari Pakatan Rakyat untuk bersama menjayakan Bajet Mini tersebut.


Hari ini DS Najib ke Bukit Gantang untuk mengumumkan calon Barisan Nasional untuk bertanding di pilihanraya kecil DUN Bukit Gantang. Selepas Mini Bajet dibentangkan barulah DS Najib turun untuk umumkan calon PRK ni. Aku mula fikirkan adakah benar Bajet Mini atau Bajet Kereta Nasional tersebut digunakan untuk apayang dibentangkan atau digunakan untuk pilihanraya DUN 2 bukit dan 1 batang.

Kemungkinan suntikan yang lepas dah habis di Kuala Terengganu, maka untuk pertembungan di banyak tempat ni memerlukan bajet yang lebih lagi...

Semasa ucapan, DS Najib menyatakan bahawa Pakatan Rakyat parti tak sah, sebab tidak berdaftar dengan suruhanjaya pertubuhan. Selain itu Pakatan Rakyat tidak mempunyai logo seperti Barisan Nasional.

Maka dijelaskan lagi bagaimana hari ini di Bukit Gantang, DS Najib disambut dengan bulan yang mengambang penuh, roket yang hendak ke bulan dan mata lebam. DS Najib dah pun menghina parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang sah di dalam pilihanraya.

Kata-katanya sangat ego. Sebelum mengherdik logo-logo parti Pakatan Rakyat, beliau mengherdik sidang DUN yang telah diadakan di bawah sepohon pokok, tetapi sebab dia tak berapa pandai Bahasa Melayu diguna penjodoh bilangan yang salah iaitu SEBUAH pokok.

DS Najib menyatakan perbuatan itu memalukan negara. Pada aku paling malu apabila pihak polis dengan arahan pihak tertentu menghalang sidang DUN tergempar tersebut. Jika tidak sudah tentu sidang DUN diadakan di dalam dewan yang telah diadakan.

Ucapan DS Najib tengah hari tadi membuktikan bahawa BN begitu takut dengan pembubaran DUN yang melibatkan pilihanraya selepas itu. Buktinya jelas, sebelum pilihanraya parlimen Kuala Terengganu, bukan main BN menyalak, kemudian selepas keputusan BN mula takut dengan bayang-bayang sendiri.

Pada aku tak perlu bermain wayang kulit jika ceritanya seperti cerita TV biasa. Rakyat lagi seronok jika ada pilihanraya sebab semasa pilihanrayalah ramai pemimpin akan turun padang melihat masalah rakyat. Jika tidak "I'm sorry" kata si Amir. Rakyat memang sukakan pilihanraya. Rakyat tak rasa susahpun. Yang susah puak BN, mereka sangat susah hati.

Bercerita tentang menderhaka kepada sultan dan raja-raja pula, aku nak tahu semasa semakan semula kuasa sultan dan raja-raja Melayu yang lalu, adakah perkara ini mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong?

Maka pada aku cerita sama berulang dan dilaung kembali mengikut irama yang tak tentu temponya. Biarlah DS Najib menyalak macam anjing kurap yang berkeliaran atau menyalak lanjut seperti serigala di hutan namun RAKYAT LEBIH TAHU DAN RAKYAT MEMPUNYAI KUASA.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial