;

Sabtu, 25 April 2009

18 Tahun Boleh Tukar Agama?

Hairan dan ajaib rasanya kenyataan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bagi individu di Malaysia yang nak memeluk agama Islam mesti berumur 18 tahun. Nak cerita lebih-lebih aku pulak bukan pandai sangat. Tapi, hanya luahan rasa hati aku, aku coretkan jua.


Sebagaimana yang aku baca di lapangan website, banyak-banyak berita yang dipaparkan, berita tentang kes Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam memohon hak penjagaan anak menjadi pertikaian.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengambil jalan mudah, untuk mengelakkan sakit kepalanya, dengan menetapkan umur menukar agama. Pada hemat aku satu perkara yang mengelirukan daripada seorang yang beragama Islam. Sepatutnya kita lebih mengutamakan perundangan negara yang menyatakan agama Islam agama rasmi tersebut sebagai panduannya. Bermakna jika sesiapa yang ingi memeluk agama Islam, tak kira berapa umurnya, maka mestilah disokong 100 peratus.

Kemudian, tertanya-tanya pula aku, agama terletak di bawah kuasa raja-raja. Adakah raja dah perkenankan? Adakah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Kabinet BN telah mencampuri urusan raja-raja? Aku rasa, mungkin majlis raja-raja dah perkenankan, kerana kabinet BN ni memang selalunya mengikut prosedur. Benarkah?

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial