;

Jumaat, 1 Mei 2009

Cuti Hari Pekerja 2009

Hari ini merupakan penghulu segala hari iaitu Jumaat. Selain itu hari ini bertarikh 1 Mei 2009 merupakan hari pekerja. Paling menyeronokkan hari ini hari cuti umum, dapatlah aku sepenuh hari ini bersama dengan keluarga. Kepada semua pekerja aku ucapkan "Selamat Hari Pekerja & Selamat Bercuti"


Dari malam tadi "Ummi Nurul" iaitu isteri aku dah merancang macam-macam. Lagipun hari semalam merupakan hari bersejarah dan pembebasan bagi aku. Dalam beberapa bulan sehingga berakhir bulan April yang lepas, aku dicengkam oleh satu tugasan yang amat penting. Semalam telah selesai.

Bermula dari bulan Januari sehinggalah bulan April, aku perlu menyiapkan tugasan tesis aku yang perlu disiapkan untuk melengkapkan pengajian aku di universiti. Prosesnya memang mencabar, disamping sikap dolak-dalik tentang surat kebenaran untuk membuat kajian, sehinggalah proses menyiapkan tesis tersebut. Semalam aku serahkan salinan untuk dinilai oleh penyelia. BEBAS!!!

Berbalik pada cerita Ummi Nurul, setelah beberapa cadangan dikemukakan akhirnya aku hanya memilih untuk bersiar di taman berhampiran dengan kawasan perumahan aku iaitu di Tasik Proton City.

Lenanya tidur... gerak ni nangis tak?


Seawal pagi Ummi Nurul mengejutkan keempat-empat Nurul untuk bersolat. "Siap, siap!" itulah ayat yang membuatkan ke semua Nurul tertanya-tanya selepas selesai bersolat. "Kemana?". Ceria saja muka Nuruls, apabila diberitahu nak keluar.

Berapa rakaat dah ni?


Oleh kerana tempat yang hendak dituju tidak jauh, maka pergerakan agak perlahan. Sampai saje ke tasik, lebih kurang 7 buah kereta dah bersusun, pemiliknya sedang menyusuri laluan lari yang disediakan.

Ini jogging ke walking?


Mulanya Ummi Nurul bersama dengan Nurul Rahwani berjalan tetapi disebabkan malamnya tadi Ummi Nurul begitu bersemangat nak jogging, maka Abah ambil Nurul Rahwani. Ummi Nurul dan 3 Nurul memulakan larian, cuma Nurul Rahwani saje yang tak berapa sihat dan beriring jalan dengan Abahnya. Itulah aktivitinya, dari jauh lagi Nurul Nadhilah dan Nurul Rahwani dah nampak tempat permainan kanak-kanak. Sibuk mulutnya nak ke sana.

Ummi Nurul merenung jauh matlamat sebelum berjogging


Abah dan Nurul Rahwani berjalan sehingga ke akhirnya. Selesai berjogging semua Nurul meluru ke taman permainan. Gembira sungguh mereka. Hampir pukul 9.30 pagi baru pulang.


Kak Long renung apa tu?

Adik nak main ni, siapa nak tolong ni...?

Ni kalau buat nasi itik ni, sedap ni..

Gigi Kak Ngah tu mana hilangnya?

Nasib baik tak terlentang

Kak Long dah tak larat jaga adik-adik.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial