;

Ahad, 3 Mei 2009

Isu Babi Kembali Lagi

Sebut je babi, aku kekadang tersenyum mengenangkan sesuatu. Senyum aku bukan sebab rupa babi tu, bukan kerana pendeknya babi tu, bukan pula kerana gemuknya babi tersebut. tetapi, senyum aku kerana manusia yang telah dipermainkan oleh babi-babi.


Dah banyak kes yang berlaku di dunia ni disebabkan babi ni, tetapi entah mengapa masih lagi mereka suka pulak pada babi ni... Kalau kes di Malaysia ini, kes babi ni mulanya dengan bau busuk najis yang menyucuk hidung penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan kandang ternakan. Maka bisinglah penduduk atau rakyat sekitar tentang pencemaran bau... Namun babi tetap kontrol mancho dan cun.

Kemudian dibawanya babi tu jauh-jauh agar baunya tak menyesakkan hidung penduduk setempat dan penduduk berhampiran. Mungkin babi mengeluh jugak le, sebab tempatnya agak ke dalam dan banyak nyamuk. Nyamuk pula makin kenyang, tapi aku tak nak timbulkan kes nyamuk. sebab aku nak timbulkan masalah babi saja.

Penghijrahan babi tu rupanya tak selesai juga masalah. Timbul pula masalah lain. Pencemaran sungai dan jalan air. Berdentum-dentam le semula rakyat. Meminta pihak berwajib dari peringkat bawah sehingga ke peringkat kerajaan pusat agar masalah di selesaikan.

Urutan dari itu maka bising-bising lagi rakyat di Malaysia ni, maka penguatkuasaan sementara dilakukan agar setiap penternak babi mesti mematuhi peraturan tentang saliran. Paling menyedihkan ada juga yang buat tak tau dan kes berlarutan. Ada pula kes menyalahkan rakyat setempat tidak menjaga kebersihan sungai. Ada yang ubah skrip kes kepada pembuangan bahan toksik. Babi apa berlaku? babi tetap lega sebab boleh berak suka hati yang cuci bukan babi-babi tu... tetapi babi kepada babi tu iaitu peminat babi.

Oleh kerana kekerasan hati penternak dan pihak berwajib yang tidak faham hukum syariah maka berleluasalah ketaikoan babi tu. Allah murka maka diciptakan satu wabak yang agak merbahaya. Mulanya tak tau nak bagi wabak apa. Fikir punya fikir dapatlah pakar perubatan buat satu nama iaitu JE, sebabnya penyakit bermula dari Japan.

Maka dikerahnya askar Malaysia ni berperang dengan babi. Bertempurlah ATM yang diarahkan oleh ketua mereka dengan babi. Aduh... malunya... babi tu bukan pandai tembak balik. Terberak ade le... Lintang pukang askar-askar mengejar babi-babi yang lari lintang pukang. Aku makin nak tergelak. Puas ku tahan gelak aku, akhirnya terkentut pula.

Perkara yang paling aku lucu ialah masa mula berlakunya kes babi tersebut, kerajaan buat sidang akhbar jangan sebut babi tak baik, guna perkataan yang sopan sikit iaitu khinzir. Tapi bila kes dah macam gila nak dikawal, maka perkataan babi mula digunakan semula, agaknya terlalu marah kot.

Babi di Malaysia tidak habis begitu saja. Babi yang dibunuh hanya babi di Bukit Pelanduk sahaja. Babi tempat lain dengarnya makin kurus dan kekurangan berat sebab kecut perut kerana dengar dari berita RTM dan TV3, rakan-rakan mereka di Bukit Pelanduk dilaporkan telah isytiharkan perang oleh kerajaan Malaysia masa tu.

Selesai sahaja peperangan yang telah dioperasikan oleh Angkatan Tentera Malaysia, babi-babi di negeri lain jadi tenang sedikit dan kembali boleh makan semula dengan diet yang semacam rakam. Ditambah dengan hormon untuk mempercepatkan proses seks dan pembesaran. Maka sekelip mata "ZAM ZAM AL LA KAZAM" maka kembali berduyun-duyun pengeluaran babi lakukan semula. Penternakan kembali berluasa.

Hilang kes tersebut muncul selesema burung. Aku dapat tahu dari angin yang berlalu selsema ni memang dari kumpulan burung tapi puncanya ialah disebabkan oleh jangkitan yang berlaku antara babi dan ayam kemudian kepada burung. Ayam yang diberi ubatan dan zat-zat babi telah membawa penyakit tersebut yang menjadi wabak. Babi juga buat hal.

Namun tak serik-serik, negara Singapura yang memang minat babi penduduknya juga tidak menternak babi sebab katanya kurang kawasan untuk menternak. Tapi sebenarnya babi di Malaysia dah murah dan bekalan dari Malaysia memang mencukupi dan mereka memang dah tau penyakit dari binatang pendek ni. Penat aku guna perkataan babi ni.

Sekarang ni muncul pula satu lagi wabak yang berpunca dari babi ni. Sekarang ni mereka tanpa segan silu menggunakan perkataan babi iaitu selesema babi yang bermula wabaknya di Mexico. Aku baca di akhbar-akhbar di negara sana bermacam penguatkuasaan dilakukan sehinggakan ada larangan bercium. Itu bagus tu kalau bukan muhrim. Penyakit tu memang mudah berjangkit. Melalui udara lebih memudahkan jangkitan.

Tapi yang syoknya, di dada akhbar hari ni, larangan penggunaan perkataan selsema babi, di suruh guna perkataan Influenza A, nak tergelak aku, orang lain duk fikir vaksin boleh membunuh virus tersebut. Di Malaysia lain cerita, dok cari nama lain pula.

Teringat aku pada kes di Bukit Pelanduk dulu semula. Sibuklah di media arus perdana berdentum-dentam cerita babi di Bukit Pelanduk yang banyak menyusahkan rakyat. Maka kerajaan BN dengan rasa penuh prihatin mengeluarkan kenyataan. Dengan kata mudah macam ni le... Jangan le guna perkataan babi, tak sedap didengar... guna le khinzir. Sekarang ni, jangan le guna perkataan selsema babi, guna le influenze A. Itulah kerja mereka, fikir bende yang tak patut di fikir.

Pada aku kalau guna perkataan influenza A tu, penduduk kampung dan pendalaman tertanya-tanya penyakit apa tu? Mungkin kera dan monyet di hutanpun sama tertanya-tanya. Paling mengejutkan babi pun tercengang-cengang. Penyakit ape tu? Maka siapa yang nak disalahkan? Babi yang selsema pun nak jumpa deresa tak tau nak sebut nama penyakit. Babipun akan kata "Den selsemo ni doktor". Kan dia guna selsema babi juga.

Dah bertahun manusia memikirkan pasal babi. Oleh kerana babi ni dah banyak menyusahkan dunia ni, tapi penguatkuasaan masih tak berbelah pada rakyat terbesar. Babi tetap diternak macam biasa. Selsema ke, demam ke, kurap ke, kayap ke atau siplis ke babi tu mungkin AIDS sekali kot. Babi tetap kool.

Babi, babi. Engkau punya hal la babi yang buat orang susah. Pada aku kalau Singapura, negara bukan Islam boleh buat larangan ternakan, mengapa di Malaysia tidak ??? Sebab semua nak kaya cepat, tak kira halal ke haram, menyusahkan orang ke tidak. Janji jangan susahkan orang yang terbabit dan babi-babi.

KALAU DAH HARAM TU... HARAMLAH HARAM JADAH PUNYA BABI!!!!

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial