;

Isnin, 4 Mei 2009

Muhyiddin Tak Puas Hati PPSMI?

Hari ini masa yang lapang aku sempat membuka laman web bagi media arus perdana iaitu Berita Harian. Mengejut sungguh berita yang disiarkan. Oleh kerana tajuknya memang melibatkan diri aku, aku teliti setiap bait perkataan yang diterakan.


Aku letakkan dilaman ini sebagai bacaan dan tatapan semua.

Muhyiddin belum puas hati dengan kajian PPSMI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau masih belum berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan termasuk sesi perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersedia memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan kerajaan terhadap isu berkenaan adalah kritikal.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. Tetapi melihat kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan.

"Kadang kala semasa perbincangan meja bulat, orang ramai tidak mempunyai fakta dan bukti. Mereka bercakap berasaskan kepada apa yang mereka rasa. Mereka mestilah menyokong pendapat dengan banyak fakta dan bukti sama ada perlu dilakukan perubahan ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, hari ini. - Bernama


Perkara yang amat menyedihkan. Seingat aku perhimpunan GMP yang berlangsung dari Masjid Negara hingga ke Istana Negara terdiri dari mereka yang cendiakawan. Siapa yang tidak kenal pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan tersebut seperti Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, dan Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim. Mereka merupakan cendiakawan akademik. Mereka berkata atas penyelidikan yang dijalankan dan mempunyai fakta-fakta lengkap untuk dihujahkan tetapi mengapa Menteri Pelajaran yang baru ni menyatakan tidak mempunyai fakta dan bukti?

Aku kasihankan anak aku yang turut terlibat dengan agenda yang tak pasti arah tujunya. Agenda ini telah berlangsung selama 7 tahun. Aku pasti anak aku sendiri tertanya-tanya bila aku dan isteri cuba menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Apa yang anak aku dapat? Kadang-kala semasa membuat ulangkaji di rumah begitu banyak persoalan yang dikemukan. Banyak pertanyaan yang diberi. Banyak tak fahamnya.

Aku masih ingat semasa mengajat Sains dalam bahasa Melayu. Segalanya dapat diingat oleh anak murid aku dengan baik. Interaksi dua hala pada masa P&P memang berlaku. Tetapi sekarang aku pernah menjengah beberapa kelas untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bila guru bertanya murid, murid alpa. Bila guru minta murid memberi keterangan macam baca skrip yang terdapat dalam buku teks. Khayal macam kena benda haram je murid-murdi tersebut. Berbeza semasa aku mengajar dalam bahasa Melayu. Bila tak faham je, murid terus tanya.

Ini nak tanya macam mana? Guru berbahasa Inggeris, murid terlopong mendengar. nak kata faham? bila ditanya tak keluar jawapan. Aku pasrah pada keadaan. Sebab itulah sehingga kini aku tidak mahu mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains. Walaupun dulunya kau mengajar Sains bertahun lamanya.

Pernah GB mengusulkan agar aku mengikuti kursus ETeMs pada peringkat awal. Panuh rasa hormat aku nyatakan "Cikgu, saya tidak mahu membunuh anak bangsa dan murid sekolah ini. Saya rela lepaskan mata pelajaran Sains saya dan mengajar Bahasa Melayu." Itulah ayat terakhir aku sebelum meninggalkan Sains sebagai mata pelajaran utama pengajaranku.

Aku bersuara kerana aku berada di sekolah luar bandar dan pendalaman. Maka, pada aku inilah dapatan yang aku terima.

Renung-renungkanlah... apakah yang akan berlaku di masa akan datang kepada anak bangsa. Mungkin bila hati dah buta, demi pangkat dan kedudukan serta wang, maka semuanya dipejamkan sahaja.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial