Sedih sungguh hari ini apabila dibuka paparan laman web Berita Harian yang merupakan media arus perdana Kerajaan BN. Tajuknya sahaja sudah memberitahu kita, apa yang nak hendak diceritakan.
Aku lampirkan sedutan berita dari laman tersebut;
Nizar tidak dipecat, sebaliknya disingkirkan: Gani
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.
Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Jauh di sudut hati aku, inilah permainan KERAjaan BN yang berlidah ibarat biawak dan ular. Marah, kecewa, geram, sedih, semuanya terasa di dalam hati ini. Mereka mengeluarkan hujah ibarat bercakap bersuara pada orang buta, tuli dan bisu.
Rakyat bukan buta, rakyat bukan tuli dan rakyat bukan bisu. Rakyat celik, dengar dan boleh bersuara. Pada mereka yang diharapkan untuk memelihara keharmonian dan keamanan rakyat kini pudar.Ibarat kata pepatah "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi."
Mereka kata, MB Haji Nizar tidak dipecat tetapi disingkirkan. Sabagaimana yang kita ketahui penyingkiran atau pemecatan MB hanya boleh dilakukan melalu tiga cara. Tak perlu dinyatakan lagi, semua orang dah tau. Tetapi mereka duk canangkan "peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak". Apakah peruntukan tersebut?
MB Haji Nizar dikatakan hilang kepercayaan oleh DUN Perak. Mesti ada sidang DUN tergempar dahulu, untuk membuat undi tidak percaya. Tetapi apa yang berlaku di Perak adakah seperti yang termaktub dalam peruntukan tersebut?
Aku hanya rakyat biasa dan hamba Allah utamanya hanya memohon kepada Yang Maha Kuasa agar kebenaran akan cepat tercapai. Insya Allah. Allahu Akhbar!!!