;

Ahad, 17 Mei 2009

Benarkah Teori Rahman?

Giliran menjadi perdana menteri jika mengikut Barisan Nasional (BN) adalah berdasarkan Teori RAHMAN. Teori RAHMAN menerangkan tentang kaitan setiap huruf di dalam ejaan RAHMAN dengan nama individu yang bakal menjadi Perdana Menteri.


Jika direnung disebabkan RAHMAN hanya mempunyai 6 huruf iaitu RAHMAN maka sekarang BN telahpun mempunyai 6 orang perdana menteri. Bermula dengan R iaitu Tunku Abdul Rahman, A untuk Abdul Razak, H untuk Hussein, M untuk Mahathir, A untuk Abdullah dan N untuk Najib.

Namun menjadi pokok persoalan setelah ini adakah teori RAHMAN akan disambung dengan teori lain? Apakah dengan teori RAHMAN ini bermakna setelah 6 perdana menteri dari BN maka akan berakhir pemerintahan oleh pimpinan BN?

Adakah badi teori tersebut akan menjadi igauan bagi pemimpin BN? Jika dikaji betul-betul berkemungkinan benar bahawa N untuk Najib adalah pengakhir dan berkemungkinan ianya sebagai perdana menteri terakhir di kalangan pemimpin dari BN.

Apakah teori RAHMAN akan berulang kembali untuk menjadi RAHMAN semula. Jika teori ini berulang semula, siapa R yang dimaksudkan?

Tetapi, pada PRU 12 yang lepas telah menunjukkan detik-detik kejatuhan kerajaan BN. Kerana sesuatu di dalam dunia ini tidak semestinya kekal. Hanya Allah sahaja yang kekal di dalam dunia ini. Maka segala makhlukNya dan ciptaan makhlukNya adalah akan lupus.

Adakah benar pemerintahan BN di bawah Najib akan berkubur? Jika dilihat laungan 1Malaysia merupakan laungan untuk kembali menawani hati kaum-kaum lain di Malaysia ini. Najib yang dilihat di dalam perbahasan belanjawan yang lepas memperlihatkan ketidakkuatannya di dalam menjadi peneraju negara.

Najib bukan seperti arwah bapanya yang banyak membela negara dan pastinya tiada skandal yang dilibatkan. Najib bukan seperti Tun M yang begitu kental dengan semangat waja mempertahankan pemerintahan. Kekentalan Tun M bukan sebab hati cekalnya tetapi IQnya yang memang diakui oleh kawan dan lawan. Najib tidak seperti itu. Najib tidak setanding seperti itu. Adakah Najib boleh menjadi seperti Tun M?

Jika dibuat tinjauan berkaitan suara rakyat kini, rata-rata rakyat kini lebih bijak berpolitik. Pemimpin tidak boleh salahkan rakyat sebab rakyat sekarang lebih berpendidikan. Adakah BN menyesal menyediakan pendidikan dari masa dulu?

Tidak perlu menyesal, kerana jika pimpinan yang diberikan adalah pimpinan yang cemerlang dan gemilang dan bukan hanya pandai temberang, maka rakyat akan menyebelahi yang cemerlang dan gemilang.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Maka jadikan kekuatan untuk membina satu empayar yang kukuh dan buangkan atau perbaiki kelemahan untuk kejituan empayar yang bina.

SELAMAT BERJUANG BN DAN PR. AKU SOKONG PR terutama PAS. Jika PAS menyertai BN, aku tetap sokong PAS. PAS agenda untuk Islam. PAS jangan keluar dari pembelaan dan perjuangan Islam.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial