;

Sabtu, 16 Mei 2009

Apa Kata Mereka Orang Politik

Pelbagai luahan hati dan cetusan perasaan disuarakan oleh pihak tertentu berkaitan senario politik di Negeri Perak, tanah airku yang tercinta.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata , Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan.

DS Mohd Najib Tun Abdul Razak juga berkata kelmarin bahawa sekarang terpulang kepada Sultan Perak untuk memutuskan sama ada perlu dibubarkan DUN atau tidak.

Tuan Guru DS Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan menyarankan perlu diadakan pembubaran DUN untuk mengatasi krisis politik di Perak.

Seluruh pemimpin Pakatan Rakyat bersetuju agar DUN Perak dibubarkan.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat bahawa Zambry bukan MB Perak yang sah dan untuk mengatasi krisis politik DUN perlulah dibubarkan

Tun Mahathir berkata bahawa pilihan raya tidak perlu diadakan kerana undi tidak percaya boleh dilakukan oleh ADUN BN terhadap MB Nizar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pilihan raya akan mewujudkan polarisasi kaum di Negeri Perak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya negeri Perak tidak perlu diadakan dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ialah dengan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, secara peribadi berpendapat bahawa pilihan raya semula adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Presiden parti Gerakan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Teng Hock Nan berharap DS Zambry Abd Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman berkata bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia.

Lim Kit Siang Berkata bahawa Zambry bukan MB yang sah

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata tindakan DS Zambry Abd Kadir mengakui bahawa beliau sebagai Menteri Besar adalah satu tindakan yang menghina mahkamah

Tokoh akademik Prof. Aziz Bari menyuarakan bahawa sidang DUN Perak perlu dibubarkan. Berkali-kali juga beliau menyatakan bahawa MB Nizar merupakan MB Perak yang sah.

Sebenarnya banyak lagi yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin dan tokoh politik Malaysia.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial