;

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2009 merupakan hari yang sangat bersejarah untuk diri aku. 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru Malaysia. Hari guru ini disambut bukan hanya kerana aku mempunyai guru tetapi aku juga merupakan seorang guru.


Perjalanan hidup ini ditempuhi sebenarnya dengan tunjuk ajar dari guru. Guru aku yang utama sekali ialah ibu bapa aku sendiri. Merekalah yang memberi tunjuk ajar kepada aku sehingga aku dapat menempuhi cabaran dan dugaan dunia ini dengan yakin dan tabah serta dengan keimanan. Merekalah guru yang mengajar aku banyak perkara, dari perkara yang mudah seperti untuk mengisi perut sehinggalah persediaan aku untuk menghadapi akhirat.

Guru aku yang lain seterusnya ialah guru yang telah sudi mengajar aku pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru itu dikatakan sebagai pendidik, pembimbing, fasilitutor, dan pelbagai lagi termasuk menjadi ibu bapa aku ketika di sekolah.

Oleh kerana aku mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti maka terlalu ramai guru yang pernah bersama aku. Dari peringkat pra persekolahan aku dikenalkan dengan Cikgu Azizah dn Cikgu Siti. Kemudian ke peringkat rendah, antaranya Cikgu Rabitah, Cikgu Meor Pendawa, Cikgu Mat Isa, Cikgu Jaya Mary, Cikgu Hassan Yassin, Cikgu Jaafar, Cikgu Hassan Basri, Cikgu Ghafar, Cikgu Kamarulzaman, dan ramai lagi.

Di peringkat menengah aku masih ingat dengan Cikgu Shaharuddin, Cikgu Baharom Shah, Cikgu Azmi, Cikgu Sohi, Cikgu Zabedah, Cikgu Uzir, Cikgu Jamalul Said, Cikgu Dalilah, Cikgu Abd. Wahab, Cikgu Khusairi, dan lain-lain.

Mereka ini yang memberikan ilmu dari seorang yang kosong ilmu pengetahuan sehingga kini aku menyampaikan pula ilmu yang aku pelajari dahulunya kepada anak murid aku pula.

Di dalam senarai yang diberikan dan yang tidak tersenarai terdapat pelbagai kerenah guru yang aku temui. Ada yang garang, pelembut, penyabar, berdedikasi, berjiwa pejuang dan sebagainya. Terdapat juga yang kaki ponteng, kaki gaduh dan kaki ular. Apapun, mereka tetap guruku dan dengan mereka juga aku tetap menerima ilmu.

Oleh kerana terlalu ramai guru yang telah menjadi guru kepada aku, apa yang aku ingin nyatakan ialah aku ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru aku di Tadika KEMAS Trolak Utara (1976), Sekolah Kebangsaan Trolak Utara (1977 - 1982), Maahad Irsyadiah Diniah (1983), Sekolah Menengah Trolak (1983 - 1987), Maktab Perguruan Kota Bharu (1993 - 1996), Maktab Perguruan Islam (1999), Maktab Perguruan Ilmu Khas (2001), Institut Perguraan Darulaman (2003-2004), Maktab Perguruan Perlis (2006), Open University Malaysia (2006 - 2009). Itulah senarai tempat pendidikan aku sehingga kini.

Tak lupa juga tempat aku bertugas sebagai guru iaitu Sekolah Kebangsaan Trolak Utara (1989 & 2001 - 2002), Sekolah Kebangsaan Pos Bersih (1990-1992), Sekolah Kebangsaan Besout 3 (1993), Sekolah Kebangsaan Pasoh 1 (1996 - 1999), Sekolah Kebangsaan St Anthony (1999), Sekolah Kebangsaan Jernang (2000 - 2001), Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah (2001), Sekolah Kebangsaan Sungkai (2004-2006) dan Sekolah Kebangsaan Behrang (2007 hingga kini). Kepada guru di sekolah tersebut, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU.

Tak lupa buat rakan-rakan seperjuangan SELAMAT HARI GURU. Untuk semua guruku, SELAMAT HARI GURU. Anda guru terhebat masa kini, jadikan ia hebat.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial