;

Jumaat, 15 Mei 2009

Senario Perak dan BN

Hari ini aku melepaskan geram dengan internet. Semalam aku tak dapat nak login internet kerana fius di kabel besar telefon di kawasan aku disambar petir. Berlakulah kerosakan dan aku seharian menunggu untuk melayari internet dan akhirnya tetap kecewa di jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.


Hari ini aku cuba membelek akhbar arus perdana milik BN, tumpuan aku kepada 2 tajuk utama yang dipaparkan iaitu "Kemelut Perak: BN sedia hadapi pilihan raya" dan satu lagi "Tidak perlu pilihan raya baru". Keduanya berkisar kepada senario politik di Perak.

Di dalam tajuk "Kemelut Perak: BN sedia hadapi pilihan raya", beberapa wawancara bersama PM Ke-6 telah dipaparkan. Antara yang dapat aku nyatakan ialah "Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyat sekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan semula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.".

Persoalan pada aku, adakah selama ini BN takut berhadapan dengan rakyat negeri Perak? Lihat sahaja pada ayat yang digelapkan di atas. BN terutama PM nampaknya bermain dengan banyak persoalan untuk menentukan arah tujuan dan hala tuju yang harus diikuti.

Berdasarkan kepada tajuk "Tidak perlu pilihan raya" merupakan wawancara bersama Tun Dr. Mahathir. Tun telah mengeluarkan kenyataan berikut "Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya."

Kenyataan Tun tersebut jelas menunjukkan bahawa sekiranya diadakan pilihan raya di Perak, maka rakyat akan memilih Pakatan Rakyat sebagai pilihannya. Dengan sebab itulah Tun memberi cadangan agar BN mengadakan undi tidak percaya. Tetapi sekiranya berlaku undi tidak percaya, Maka DUN mesti dibubarkan. Pilihan raya tetap akan berlaku.

Jelaslah pada kita bahawa BN tetap takut untuk mengadakan pilihan raya oleh sebab beberapa siri pilihan raya yang telah diadakan memihak kepada Pakatan Rakyat. Selain itu dikuatiri juga, sekiranya Pakatan Rakyat dapat memenangi pilihan DUN Perak, maka lagu lompat si katak lompat akan berkumandang pula.

Jadi mengapa masih ada juga kenyataan bahawa BN tidak takut pilihan raya? Kita pemerhati dan pemilih berhak menentukan arah tuju dan berhak memilih siapa yang menjadi pilihan.

Benar kata PM 6, sekarang terserah pada Sultan Perak untuk memutuskan. Jika diserahkan sepenuhnya kepada Sultan, oleh kerana baginda baru kehilangan kekanda tercinta maka ianya akan memakan masa beberapa ketika untuk diberi keputusannnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kekanda Sultan dan semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk Sultan negeriku. Daulat Tuanku.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial