;

Selasa, 12 Mei 2009

Mari Lihat Parti Mana Lebih Releven

Mengejutkan bagi seluruh rakyat negeri Perak, apabila permohonan YB Zambry Kader dilayani oleh pihak Mahkamah Rayuan. DS Mohd Najib dah beritahu semalam, bahawa BN akan cuba membuat sesuatu yang membolehkan BN menguasai Perak. Beliau juga mengingatkan agar rakyat Perak jangan seronok sangat. Maka, apakah kesimpulan yang dapat dibuat atas apa yang berlaku hari ini.


Aku malas nak ulas sangat perkara ini. Sebab aku sendiri mempunyai beberapa tanggapan terhadap PM ke-6 ini. Tindakannya, caranya, keputusannya mungkin akan meragut kegembiraan kumpulan PR yang sedang dinikmati sekarang.

Aku ingin melihat rakan-rakan seperjuangan dalam arena politik di dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Nyatanya PAS untuk Islam, PKR untuk majmuk dan DAP untuk majmuk juga. Manakala di dalam BN, parti utamanya terdiri daripada UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India.

Aku tak mahu menghuraikan parti-parti komponen lain yang terdapat dalam Barisan Nasional. Parti utama semasa lahirnya Barisan Nasional atau nama lamanya Perikatan ialah 3 parti itu sahaja. Apa yang ingin dinyatakan ialah semasa proses awal lahirnya Perikatan dan Pakatan Rakyat melibatkan 3 parti utama.

Pakatan Rakyat juga jika mampu bertahan berpuluh tahun pasti dapat menarik minat pasti-parti lain untuk disertai sebagai parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Jelas wujudnya Pakatan Rakyat memperlihatkan ruang yang lebih luas untuk semua bangsa di dalam Malaysia untuk menyertai parti dalam Pakatan Rakyat. PAS merupakan pakatan di dalam PR merupakan parti yang tidak mengira kaum. Semestinya ianya Islam maka bolehlah menyertai parti tersebut. Berbanding dengan UMNO hanya menumpukan kepada bangsa Melayu sahaja yang boleh menyertai pasti tersebut. Tetapi terdapat juga keraguan terhadap status Melayu yang dimaksudkan, kerana kedapatan juga ahlinya tidak tulin Melayunya.

Jika dilihat kepada PKR dan DAP, kedua-dua parti tersebut tidak membataskan kaum ataupun agama. Lebih sesuai dikatakan sebagai parti yang membuka ruang untuk semua kaum. Berbeza dengan MCA, MIC dan UMNO yang memperlihatkan hanya diwakili oleh kaum-kaum tertentu sahaja.

Namun apakah benar sememangnya PR dapat memperjuangkan semua kaum di Malaysia ini? Bagaimana Barisan Nasional yang selalu melaungkan cita-cita perjuangan oleh pemimpin mereka. Kita mempunyai minda dan pertimbangan serta keimanan, pilihlah mengikut pilihan yang telah tersirat dihati kalbu masing-masing.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial