;

Selasa, 26 Mei 2009

Kuasa BN Terhadap Rakyat Malaysia

Hari ini berlaku lagi agenda yang dirancang oleh pakatan rakyat iaitu berpuasa sunat. Namun majlis perasmian telah diganggu-gugat oleh pasukan polis yang mungkin kurang kerja.


Aku tak pasti di dalam perundangan dan perlembagaan apa yang digunakan sehingga polis boleh menahan orang nak berpuasa. Tapi aku juga memang tahu, ramai di kalangan polis yang tidak berapa suka untuk berpuasa. Itu sebab mereka rasa bangga bila diarahkan untuk menangkap orang berpuasa.

Bila diimbau kembali berkaitan penguatkuasaan, telah banyak perkara yang telah dilakukan secara menyeleweng oleh kerajaan BN selama ini. Tapi orang lebih suka menganggap salah berpihak kepada rakyat bukannya kepada kerajaan.

Sebagai contoh, kuasa untuk mengerjakan haji di Mekah. Kerajaan BN kata, jika tidak pergi melalui Tabung Haji yang merupakan sepenuhnya milik mereka, tak boleh. Banyaklah alasan yang digunakan. Akhirnya berlakulah orang yang dah layak untuk pergi masih tak dapat pergi sebab kena tunggu giliran.

Berlaku juga apabila pihak tertentu ingin mengadakan perhimpunan bagi mengecam tindakan Israel, pihak kerajaan Malaysia mengarahkan tangkap orang yang buat demostrasi. Orang Israel yang banyak membunuh dan mendera orang Islam dilayan sepenuhnya.

Begitu juga program solat hajat bagi menegakkan kebenaran, juga pihak kerajaan BN tidak suka. Arahkan polis menangkap penganjur.

Rakyat buat protes kenaikan harga minyak dan tol. Rakyat kena tangkap. Polis juga yang tangkap. Polis agaknya guna minyak dan tol free kot.

Sekarang orang tak nak makan dan hendak puasapun kena tangkap. Tak tau kat mana yang mereka sakit hati sangat. Polis juga tangkap.

Tapi kadar jenayah dan masalah sosial semakain kritikal. Pasukan polis macam orang buta. Buat kenyataan dapat selesaikan otu ini tetapi faedah kepada mangsa tak juga didapati.

Itulah yang berlaku sekarang. Apalah nak jadi kat Malaysia ni.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial