;

Sabtu, 23 Mei 2009

Merayu Rayuan

Keputusan dari mahkamah rayuan semalam merupakan satu prosedur bersejarah yang akan dipahatkan dihati rakyat Malaysia mungkin dunia. Prosedur perlantikan seorang Menteri Besar yang diputuskan oleh mahkamah bukan melalui prosedur normal yang biasa dilakukan.


Namun begitu keputusan yang telah dibuat masih tidak memisahkan krisis politik di negeri tanah tumpah darahku.

Dari ruang perbincangan politik di kedai kopi, keputusan banyak berpihak kepada DS Nizar. Tetapi di dalam proses yang dikendalikan oleh kuasa eksekutif dan legalisatif keputusan adalah berpihak sebaliknya.

Peluang Nizar melalui proses perundangan yang tinggal satu tangga lagi iaitu melalui rayuan ke Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi dalam negara. Jika tewas di situ, peluang Nizar untuk menjadi Menteri Besar melalui proses perundangan dikira sudah tertutup rapat.

Berkemungkinan besar akan berlaku lagi proses rayu merayu lagi. Mungkin jika DS Nizar memohon kepada mahkamah persekekutuan untuk menangguhkan pengisytiharan MB BN itu menjalankan tugas tidak akan dilayan.

Masihkah puak-puak bawahan BN yang terdiri dari rakyat jelata ini buta? Mereka melihat seolah-olah semuanya betul. Adakah telah terpalit warna kehitaman yang pekat melekat dan sukar untuk dibuang yang membutakan mata hati mereka?

Kenyataan PM kepada rakyat Perak, setelah mahkamah tinggi mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB adalah satu petanda akan adanya gangguan terhadap keputusan tersebut. Apabila sahaja mahkamah rayuan menerima rayuan MB BN Perak tersebut, telah memberitahu keputusan yang diumumkan semalam.

Campur tangan kuasa eksekutif terhadap kuasa legalisatif merupakan satu perencana buruk di dalam pentadbiran PM di dalam pentadbiran negara masa kini.

Keputusan tersebut akan memberi yang amat perit di hati rakyat Perak. Biarpun apa keputusan yang telah diberikan oleh mahkamah sebenarnya rakyat adalah hakim negara. Pada pandangan aku moraliti pemimpin BN semakin terhapus. Aku percaya PRU 13 nanti BN akan tumbang kerana perbuatan hari ini.

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial