;

Isnin, 8 Jun 2009

Muzakarah PAS - UMNO Kembali Semula

Pemuda UMNO mula bersuara semula untuk dipertimbangkan semula muzakarah tersebut. Alasan yang diberikan adalah kerana proses pemilihan untuk JK Kerja Pusat telah pun selesai. Di dalam PAS sendiri ada yang menyokong dan ada yang membantah tindakan tersebut. Peringkat tertinggi PAS Pusat memperlihatkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS nampak seperti menyokong, manakala Mursyidul Am PAS jelas membantah gagasan tersebut.


Apa yang ingin diketengahkan di dalam persoalan yang diwujudkan ini adalah berkaitan masa depan PAS itu sendiri. Apakah tindakan muzakarah ini sesuatu yang ikhlas ingin dibincangkan atau sekadar satu mainan politik.

Jelas sebelum ini UMNO sememangnya menjadi musuh ketat PAS kerana memenangkan idealogi kepartian masing-masing. Tak perlu difikirkan dengan menjengah terlalu jauh. Sebelum pilihanraya umum yang ke-12 yang lepas, sememangnya UMNO mati-matian menolak perjuang PAS. Dihemburkan dengan kata-kata kesat dan penghinaan terhadap PAS.

Selepas kekalahan melampau Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat, maka bermula isu-isu perkauman yang disuarakan oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Tetapi, di dalam mereka asyik melaung dengan lantang perkara tersebut, bermain pula watak-watak yang tidak disenangi yang membakar dan mengancam perjuangan PAS. Jelas sekali semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. Penyokong PAS pastinya melihat dan mendengar semua yang diperhebahkan.

Apabila berlakunya pilihanraya kecil Penanti yang lawannya tidak dicalon oleh PAS, UMNO berdiam diri dan menawarkan tidak bertanding. Kononnya tidak mahu membazirkan wang rakyat. Kenyataan tersebut dah menunjukkan selama ini kerajaan BN menggunakan wang rakyat untuk bertanding pilihanraya. Berbeza dengan calon Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

Sekarang pilihanraya di Manek Urai, tiba-tiba sahaja UMNO nak bertanding. Kenapa? kerana calon Pakatan Rakyat ialah PAS. Itulah yang dikatakan bahawa musuh tradisi PAS ialah UMNO. Lihatlah dan kajilah semua pertandingan di kawasan dan DUN, jika calonnya PAS maka lawannya ialah ????

Lihatlah pula apa yang berlaku di Perak? Bukankah yang berlawan tersebut ialah Menteri Besar UMNO dan Menteri Besar PAS? Mungkin kenyataan ini seperti bodoh. Apa yang dimahukan oleh MB PAS ialah bubarkan DUN, mengapa pula MB UMNO berdegil? Bukankah lebih baik dibubarkan dan MB PAS boleh memperbanyakkan calon PAS untuk memastikan PAS akan berkuasa di Perak?

Begitu juga kekacauan yang berlaku di Kedah. Semuanya adalah gerak geri perosak yang berada di dalam Barisan Nasional. PAS telahpun menjadi pemerintah di Kedah. Mengapa mesti UMNO mengganggu negeri tersebut?

Berbalik semula kepada soal muzakarah atau TN Nik Abdul Aziz kata mukhabalah. Muzakarah tentunya dipersetujui oleh MT UMNO kerana memandangkan sokongan terhadap parti itu oleh orang Melayu semakin berkurangan dan sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin meningkat.

Apa yang dapat disimpulkan ialah muzakarah tersebut lebih dilihat sebagai mainan politik untuk memujuk hati bangsa Melayu yang terus diabaikan oleh UMNO dan hilang sokongan oleh orang Melayu sendiri.

Jika muzakarah tersebut hendak diteruskan, maka yang lebih baik ialah UMNO dan PAS bersatu dalam satu kumpulan yang lain yang dikhususkan untuk memperjuangkan Melayu dan Islam. Jika pakatan tersebut tidak dibina, pastinya jika diteruskan satu perpecahan di dalam PAS akan berlaku. Itulah matlamat UMNO. PAS sebenarnya musuh tradisi UMNO, sememangnya mahukan UMNO mahukan PAS berpecah dan sokongan kepada UMNO akan kembali semula.

Marilah kita fikirkan bersama-sama apa yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini terhadap PAS dan fikirkan apakah motif sebenar muzakarah ini?

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial