;

Jumaat, 12 Jun 2009

Perancangan Tidak Diduga

Semalam aku bercadang untuk menyiapkan beberapa tempahan kuih tradisional yang telah ditempah sejak belum cuti sekolah lagi. Perancangannya telah dibuat hari sebelumnya. Kesemua anak di suruh bersiap untuk pulang ke kampung.


Mengapa buat di kampung?

Sebenarnya jarak kampung dengan rumah tempat aku tinggal cuma dalam 45 kilometer sahaja. Ada kalanya dua ke tiga kali berulang alik dari rumah ke kampung. Oleh kerana jaraknya yang dekat maka ia tidak menjadi masalah kepada aku untuk pulang ke kampung.

Di kampung juga, terdapatnya kelengkapan untuk membuat kuih tersebut. Di sebabkan emak mertua aku sememangnya membuat kuih-muih tradisional. Aku cuma guna untuk membuat kuih tempahan sahaja. Segala kelengkapan termasuk minyak, kawah, dapur dan lain-lainnya, semua telah tersedia.

Apa perancangan yang tidak diduga tersebut?

Sedang sibuk bersiap, deringan telefon menjerit memenuhi ruang rumah. Maklumlah bunyi telefon rumah ni bukan macam telefon bimbit. Deringannya yang kuat, jarak yang jauhpun boleh didengari.

Isteri aku mengangkat gagang telefon. Panggilan dari ibu mertua aku yang mengajak untuk berkelah. Tapi oleh kerana teringatkan tempahan tersebut. Isteri aku menolak pelawaan emaknya.

Aku dengan berpakaian biasa menaiki van terus menuju ke rumah mertua aku. Dalam perjalanan, perbualan demi perbualan dituturkan.

Setiba di rumah kelihatan biras aku sedang memenuhkan ruang boot belakang keretanya dengan bahan untuk berkelah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, emak sedang mandi untuk bersiap ke tempat berkelah. "Kome nak ke mana? Aku bertanyakan persoalan itu kepada biras aku. "Mana master planner ni, tanya master planner..." balas biras aku.

Persoalan demi persoalan dikemukakan, tiada jawapan yang diberikan memuaskan hati. Semuanya masih tidak menunjukkan kepastian destinasi yang hendak dituju.


Beberapa minit kemudian emak yang dah bersiap, duduk memujuk aku dan isteri aku untuk turut serta.

Lama juga proses memujuk berlaku. Aku agak keberatan untuk menerima pelawaan tersebut kerana beberapa sebab antaranya tempahan kuih yang perlu disiapkan segera, persediaan pakaian yang tiada dan keadaan kesihatan isteri aku yang kurang memuaskan hari ini.

Namun, bila direnung sedalamnya kasihan aku melihat mertua yang beriya mengajak kami. Akhirnya kemahuannya aku turuti juga.

Tentang destinasi mulanya aku tidak tahu arah tujuannya. Bila ditanya tiada jawapan, akhirnya aku menjumpai klu yang mereka berikan. Detinasinya ialah Cameron Highland.

Aku dengan pakaian yang biasa, seperti hendak membasuh kereta telah diharapkan untuk menjadi penunjuk jalan dn arah tuju.

Perlahan-lahan van meneruskan perjalanan. Akhirnya sampai ke Habu dan kami berhenti rehat di sebuah tempat air terjun. Juadah yang telah dibawa di keluarkan dan menjamu seleralah kami satu rombongan.

Perjalanan seterusnya ke ladang teh. Sampai menikmati kehijauan ladang teh, aku turut rasa kenyamanan udara masa itu. Cuaca yang agak redup telah menambahkan kesegaran dan kenyamanan suasana.

Selesai membeli belah teh di kawasan tersebut, perjalanan diteruskan menuju ke Tanah Rata dan seterusnya ke Brinchang. Setiba di Brinchang, kebetulan bertemu dengan pekan sehari. Kami menghabiskan masa yang agak lama di sini.

Setelah tangan tidak dapat menampung beban barang yang dibeli, kami meneruskan perjalanan semula ke Tanah Rata. Sambil menunggu waktu Maghrib kami menjamu selera bagi mengisi kekosongan perut.

Selepas solat Maghrib perjalan pulang dimulakan. Aku dan keluarga tiba di rumah lebih kurang pukul 1.30 pagi. Perjalanan pulang agak perlahan keranan keadaan jalan yang berbelok-belok dan suasana yang agak gelap.

Perjalan hari ini sememangnya kurang perancangan dan agak meletihkan.

bersambung

 
© Copyright by Pak We Lang  |  Template by Blogspot tutorial